Google
 

Friday, November 18, 2011

Setengah Dekad Berlalu..



Nothing in this world Could ever be As wonderful as the love You've given me Your love makes my days so very bright, just knowing you're my darling husband.....

Happy 5th Anniversary!


 Alhamdulillah..sudah setengah dekad kami bersama..insyaAllah semoga ikatan ini kekal buat selamanya, amin...



Tuesday, November 15, 2011

Najwa Botak??

Lepas selesai Majlis Aqiqah tu, Ibu dan Ayah Najwa memang dah decide untuk membotakkan kepala anak dia. So orang yang berani nak mencukur ni Atok dia sorang jer, sebelum atok dia balik tugas membotakkan kepala cucu diberi kat dia dulu.



Najwa sebelum dibotakkan..alamak tak nampak plak rambut dia. 
Tak banyak pun rambut dia ni halus-halus jer




Acara membotakkan kepala bermula..dia nangis jugak masa mula Ayah nya yang pegang. Lepas tu asik gelisah nangis jer pas pulak kat Wan dia. So mak la yang pegang dukung dia sampai habis cukur rambut tu.




Bila Wan dia yang pegang..relax jer tak nangis pun, memang cucu Wan la Najwa ni dah la hari-hari tido ngan Wan. Hisap jari tu memang aktiviti kesukaan dia sekarang, kadang-kadang tu sampai lima jari dia masukkan dalam mulut.




Bila dah merengek tak nak duduk terpaksa la kasi dia meniarap atas meja pulak. Dari dia asik nangis tak nak dok diam so layankan jer la dia nak dok macam mana kan..kang rambut tak habis cukur buruk pulak rupanya 





Yeayy! dah selamat cukur dibotakkan! tengok tu jari tak lepas asik masuk dalam mulut jer. Sejak dah makin besar ni makin panjang akal budak Najwa ni tau :)



Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Little Cikonet!

Alhamdulillah Majlis Aqiqah & Cukur Jambul my little cikonet Najwa selamat diadakan 22/10/2011 lepas. Majlis hanyalah kecil-kecilan sajer, tapi biasalah Abah tu bila menjemput saudara-mara ngan jiran terdekat sampai tak menang tangan jugak la nak melayan tetamu. 

Majlis bemula pukul 10.30am sampai la lebih kurang pukul 4.00pm, tapi lepas tu ramai jugak yang datang lagi. Family kami semua dah pakat nak pakai baju color purple..hehehe dah macam majlis kawen tau siap ada tema color lagi. Sekarang ni dah macam trend kan? bila buat sesuatu majlis mesti nak ada tema color bagai :p




Kaklong, Me, Emak..lenkali aku nak posing cenggini la, baru la nampak kecik skit..klau tak asik aku jer la nampak besar bila bergambar ngan dorang ni




Hiasan buai ni aku ngan Kaklong yang buat.. 1st time mendekorasi buai ok la kot, itu pun berjam2 nak siapkan tau. 




K.A.M.I alamakkk Najwa tak pandang camera plak, see kan aku dah kata nampak SANGAT kebesaran aku kan..menci tauu uwaaaa nak kuwussss





K.A.M.I ...Najwa si pengantin kecik dah salin baju gown, klau pakai awal-awal confirm basah dengan air liur dia tu tau..suka main sembur-sembur air liur sekarang ni





Mr.Hubby & Mrs. Wifey 





Purple family (Emak's side) dari kiri Mr.Hubby, Ita (cousin), Kaklong, Makcu (aunt), Cika (Cousin), Me, Nenek, Abg Ipar ( berdiri belakang skali )





Kumpulan Marhaban..




Orang lain tengah berdodoi lagu marhaban si pengantin kecik ni elok jer lena tido dalam buai, bila masa untuk gunting rambut tu elok jer dia bangun tersengih-sengih nasib dia tak nangis tengok orang ramai keliling dia



Masing-masing semua tak lepaskan peluang nak gunting rambut Najwa. Ni pertama kali aku gunting rambut baby, mula-mula tu takut gak nak gunting tau..imaginasi aku sangat tinggi ok! buatnya la tercucuk kepala baby tu macam mana? eee seriau tau! nasib la Najwa ni ok rilek jer masa orang gunting rambut dia..



Atuk Lobai :)




Mr.Hubby..hihihi comel jer muka Najwa ngan mata 'setim' nyer itu :p





Nenek aku..ermmm Monyang Najwa :)



I punya giliran pulak..hihihi tidak melepaskan peluang jugak!




Ayah Najwa




Giliran ibu dia pulak :)



Ni pulak masa wat Tahnik..nasik elok jer dia dok atas riba tok imam tu tak nangis, tak resah nak bangun pun..siap sengih-sengih lagi bila kiter orang amik gambar dia :D good girl!



Tuesday, November 8, 2011

81 Rahsia Tahi Lalat




Rahsia Tahi Lalat

1-Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai

2-Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati

3-Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka

4-Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah

5-Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita

6-Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua

7-Leher di tengah= Tercapai cita-cita

8-Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong

9-Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati

10-Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas

11-Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki

12-Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan

13-Punggung kiri = Malas dan suka duduk

14-Betis kanan= Suka berhibur, boros

15-Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur

16-Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha

17-Lutut kiri= Kurang kuat berusaha

18-Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita

19-Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan

20-Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun

21-Kening kanan = Cerdas dan cekap

22-Kening kiri= Cerdas dan sopan santun

23-Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal

24-Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah

25-Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya

26-Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia

27-Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta

28-Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah

29-Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat

30-Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

31-Pada hidung= Banyak rezeki

32-Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati

33-Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur

34-Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama

35-Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan

36-Tumit kiri= Baik budi

37-Alis kanan= Suka menolong dan baik hati

38-Alis kiri= Ramai yang suka

39-Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat

40-Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun

41-Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh

42-Jari kaki kanan= Suka menolong

43-Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik

44-Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan

45-Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

46-Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia

47-Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan

48-Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan

49-Lengan kiri= Menepati janji dan rajin

50-Pipi kanan= Ramai teman

51-Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka

52-Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman

53-Ubun-ubun= Kurang jujur

54-Pusat= Cerdas, tangkas, tekun

55-Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup

56-Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan

57-Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup

58-Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup

59-Dada kanan= Dapat mengatasi masalah

60-Dada kiri= Berani, jujur dan sabar

61-Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh

62-Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya

63-Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan

64-Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong

65-Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan

66-Jari tangan kiri= Serba baik bekerja

67-Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros

68-Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat

69-Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria

70-Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat

71-Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf

72-Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya

73-Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri

74-Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan

75-Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta

76-Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya

77-Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha

78-Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya

79-Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka

80-Kelopak mata kanan bawah= Agak malas

81-Kelopak mata kiri bawah= Agak bodoh, kurang bijaksana


:: Credit to Pemanis Kata ::

Wednesday, October 26, 2011

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!!!!!!!

Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempua
n kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang.

~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...